Selasa, 31 Juli 2012

IBLIS DAN NABI ADAM AS



http://Tipe
IBLIS DAN NABI ADAM AS

Kesombongan Iblis ketika
semua makhluk
syurga sujud kepada
keagungan Allah itu, Iblis
membangkang dan enggan mematuhi
perintah Allah kerana
merasa dirinya lebih
mulia, lebih utama dan
lebih agung dari Adam.
Demikian halnya adalah disebabkan Iblis
diciptakan dari unsur api
sedangkan Adam
hanyalah dari tanah dan
lumpur. Kebanggaan
dengan asal-usulnya menjadikannya sombong
dan tidak layak untuk
bersujud menghormati
Adam seperti para
malaikat yang lain,
walaupun telah diperintah oleh Allah.
Disebabkan oleh
kesombongan,
kebongkakan dan
keengganan melakukan
sujud yang diperintahkan, maka Allah
menghukum Iblis
dengan mengusirnya
dari syurga dan
mengeluarkannya
daripada barisan malaikat disertai
kutukan dan laknat
yang akan melekat
pada dirinya hingga hari
kiamat. Di samping itu,
dia telah dijamin sebagai penghuni neraka. Iblis
dengan sombongnya
menerima hukuman
Tuhan itu dan dia hanya
bermohon agar
kepadanya diberi kesempatan untuk hidup
kekal sehingga
hari kemusnahan alam.
Allah memperkenankan
permohonannya itu.
Tanpa berterima kasih dan bersyukur atas
pemberian jaminan itu,
dia sebaliknya
mengancam akan
menyesatkan Adam,
sebagai punca terusirnya dia dari
syurga, dan akan
datang kepada anak-
anak keturunannya dari
segala sudut untuk
memujuk mereka meninggalkan jalan yang
lurus dan mengikutinya
menempuh jalan yang
sesat. Kemudian, Allah
berfirman kepada Iblis
yang terkutuk itu sambil melaknatnya.
Allah berkata bahawa
Iblis tidak akan berjaya
menyesatkan hamba-
Nya yang beriman
dengan sepenuh hati.


""""""""""""""""""""""""""""